Thursday, April 1, 2010

KEM REMAJA EXCELLENT 2010


AYUH SELURUH LEPASAN SPM, STPM, STAM, & MATRIK!!

  • Ingin ke Universiti?
  • Mahu berkenalan dengan rakan-rakan yang bakal ke IPT?
  • Nak jumpa senior-senior IPT?
  • Nak buat persediaan yang terbaik sebelum ke IPT?

JOM BERAMAI-RAMAI SERTAI KEM REMAJA EXCELLENT 2010:

1. Menyediakan generasi mahasiswa yang benar-benar bersedia dalam menghadapi senario iklim kampus yang sebenar.

2. Memberi gambaran umum kepada pelajar-pelajar tentang situasi kehidupan di kampus.

3. Menerapkan elemen-elemen kecemerlangan terhadap bakal mahasiswa/I dalam aspek sikap,pemikiran dan tindakan yang betul dalam menguruskan kehidupan sebagai mahasiswa Islam.

4. Menanamkan kesedaran kepada bakal mahasiswa/I tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa Islam yang menyumbang kepada pembinaan masyarakat kampus yang sihat

5. Menggunakan pendekatan yang lebih santai dan menarik!!

“Membina Mahasiswa Penggerak Ummah”.

HUBUNGI:

1.EHSAN 013-4028464

2. SAMIHAH 019-4491928

http://kemremajaexcellentperak.blogspot.com

http://siswaperak.com

Read more!

Friday, March 26, 2010

MASALAH UMAT ISLAM HARI INI

www.iluvislam.com
Oleh : Ust. M Ihsan Arliansyah Tanjung
editor: azzahra_solehah

Tema ini adalah suatu upaya untuk menggambarkan akan keadaan dunia Islam kontemporer (saat ini) dengan segala kelebihan dan kekurangannya. Kondisi umat Islam saat ini penuh dengan kelemahan. Kelemahan-kelemahan itu terkait dengan kapasitas intelektual dan masalah moral. Kelemahan dalam kapasitas intelektual (Al Jahlu).

Kelemahan umat Islam yang terkait dengan kapasitas intelektual


- Dho'fut Tarbiyah (lemah dalam pendidikan)

Kelemahan dalam aspek pendidikan formal dan informal (pengkaderan) sangat dirasakan oleh umat Islam masa kini. Jika pendidikan juga pembinaan dan pengkaderan lemah maka akan mustahil melahirkan anasir-anasir dalam nadhatul umat (kebangkitan umat).

- Dho'fut Tsaqofah (lemah dalam ilmu pengetahuan)

Dewasa ini sedang sangat pesat perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi umat Islam terasa tertinggal bila dibandingkan umat yang lainnya, ini disebabkan kerana wawasan umat Islam yang sempit dan terbatas juga lemah dalam mengembangkan ilmu pengetahuan ini disebabkan kemahuan umat untuk menuntut ilmu sangat rendah.

- Dho'fut Takhthith (lemah dalam perencanaan-perencanaan)

Umat Islam sekarang ini tidak memiliki strategi yang jelas. Rencana perjuangannya penuh dengan misteri. Hal tersebut disebabkan umat Islam tidak diproduk dari pembinaan-pembinaan yang baik dan tidak memiliki wawasan ilmu pengetahuan yang memadai.

- Dho'fut Tanjim (lemah dalam pengorganisasian)

Sekarang ini terjadi gerakan-gerakan yang mengkibarkan bendera kebathilan, mereka membangun pengorganisasian yang solid sementara umat Islam lemah dalam pengorganisasian sehingga kebathilan akan di atas angin sedangkan umat Islam akan menjadi pihak yang kalah. Sesuai perkataan khalifah Ali ra "Kebenaran tanpa sistem yang baik akan dikalahkan oleh kebathilan yang terorganisasi dengan baik".

- Dho'ful Amniyah (lemah dalam keamanan)

Masa kini umat Islam lengah dalam menjaga keamanan diri dan kekayaan baik moral dan material sehingga negeri-negeri muslim yang kaya akan sumber daya alam dirompak oleh negeri-negeri non muslim. Begitu pula dengan Iman, umat lslam tidak lagi menjaganya tidak ada amniyah pada aqidah dan dibiarkan serbuan-serbuan aqidah datang tanpa ada protection yang memadai.

- Dho'fut Tanfidz (lemah dalam memobilisasi potensi-potensi diri)

Umat Islam dewasa ini tidak menyedari bahawa begitu banyak nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mensyukurinya. Jika umat Islam mensyukuri segala nikmat Allah dari bentuk syukur itu akan muncul kuatut tanfidz iaitu kekuatan untuk memobilisasi diri dan sekarang umat Islam lemah sekali dalam memobilisasi diri apalagi memobilisasi secara kolektiviti.


Kelemahan dalam problematika moral (Maradun Nafs)

Kelemahan-kelemahan dalam masalah moral yang terjadi pada umat Islam sekarang iaitu:


- Adamus Saja'ah (hilangnya keberanian)

Umat Islam tidak seperti dahulu yang berprinsip laa marhuba illalah (tiada yang ditakuti selain Allah) sehingga tidak memiliki keberanian seperti orang-orang terdahulu yakni Rasulullah dan para sahabatnya yang terkenal dengan sifat keberanian. Sekarang ini umat Islam mengalami penyakit Al Juban (pengecut). Rasa takut dan berani itu berbanding terbalik sehingga jika seorang umat Islam takut kepada Allah maka ia akan berani kepada selain Allah tetapi sebaliknya jika ia takut kepada selain Allah maka ia akan berani menentang aturan-aturan Allah SWT.-kelemahan dalam masalah moral yang terjadi pada umat Islam sekarang iaitu:


- Adamus Sabat (hilangnya sikap teguh pendirian)

Umat Islam mulai memperlihatkan mudah mengalami penyimpangan-penyimpangan dan perjalanan hidupnya karena disebabkan oleh :

1. termakan oleh rayuan-rayuan
2. terserang oleh intimidasi atau terror-terror.

Salah satu illutrasi hilangnya thsabat (keteguhan) ini adalah prinsif-prinsif hidup kaum muslimin tidak lagi dipegang hanya sering diucapkan tanpa dipraktikan. Sebagai contoh Islam mengajarkan kebersihan sebahagian dari Iman tetapi di negari-negeri kaum muslim keadaannya tidak bersih menjadi pemandangan pada umumnya.

- Adamut Dzikriyah (hilangnya semangat untuk mengingat Allah)

Dalam Islam lupa diri sebab utamanya ialah karena lupa kepad Allah. Umat Islam dzikirullah-nya lemah maka mereka kehilangan identiti mereka sendiri sebagai Al Muslimum. Sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al Hasyr ayat 19:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik".

- Adamus Sabr (hilangnya kesabaran)

Kesabaran merupakan salah satu pertolongan yang paling pokok bagi keberhasilan seorang muslim, sesuai firman Allah dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah 153:

"Hai orang-orang beriman mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar".

Kesabaran meliputi:

1. Ashabru bitha'at (sabar dalam ketaatan)
2. Ashabru indal mushibah (ketaatan ketika ditimpa musibah)
3. Ashabru anil ma'siat (sabar ketika menghadapi maksiat)

Sebagai umat Islam harus memiliki kesabaran ketiganya.

- Adamul Ikhlas (hilangnya makna ikhlas)

Ikhlas tidak selari dengan tulus. Tulus ertinya melakukan sesuatu tanpa perasaan terpaksa padahal boleh sahaja orang itu ikhlas walaupun ada perasaan terpaksa. Contohnya pada seseorang yang melakukan solat subuh yang baru sahaja jaga malam sehingga sangat terasa mengantuk tetapi karena solat adalah suatu kewajiban perintah Allah swt ia tetap mengerjakannya.

- Adamul Iltizam (hilangnya komitmen)

Dewasa ini kaum muslimin kebanyakan tidak istiqomah berkomitmen terhadap Islam bahkan tidak sepenuhnya sedar bahawa Islam harus menjadi pengikat utama dalam hidupnya sehingga mereka banyak menggunakan isme-isme yang lain.

sekadar untuk muhasabah bersama,
wallahu'alam..
TERUSKAN PERJUANGAN!


Read more!

Sunday, August 30, 2009

Mohon ampun, tutup aib dosa daripada terdedah


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.

Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.

Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.

Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.

Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyeb

ut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya.

Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.

"Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.

Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.

Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.

Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.

Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan ta sbih dan tahmid. - lanh _


Petikan mauidzah daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Read more!

Sunday, May 3, 2009

Pesanan Buat Pejuang ISLAM

Wahai Ikhwan (saudara-saudara)!

Berimanlah dengan ALLAH. Kuatkanlah dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada ALLAH. Janganlah kamu takut selain daripada ALLAH. Tunaikanlah suruhanNya dan jauhilah laranganNya bersikaplah dengan perangai yang baik. Jadikan kamu orang-orang kuat dengan akhlak yang mulia dengan sifat yang gagah sebagai orang-orang mukmin dan dari sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan soleh. Kamu hendaklah betul-betul mempelajari al-Quran dan betul-betul mengkaji serta mengulangkaji sirah Nabawiyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak berkerja bukan yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari ALLAH mereka diilhamkan untuk berkerja. Sebaliknya satu-satu kaum itu sesat ssetelah mendapat petunjuk adalah kerana mereka banyak bertengkar dan berbalah. Kamu hendaklah saling menyayangi sesame kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan tiang kejayaan kamu. Tetapkanlah pendirian kamu sehingga ALLAH membuka haq di antara kamu dengan kaum dan ALLAH adalah pembuka. Dengar dan taatilah pimpinan kamu sama ada dalam kesusahan atau dalam kesenangan sama ada kamu sukai atau yang dipaksa kerana ia adalah panduan kepada pemikiran kamu, dan ia juga sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu. Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan ALLAH. Peluang ini tetap menjelang datang, usah diragu-ragukan;

"Pada hari itu, bergembiralah mereka yang beriman dengan pertolongan ALLAH. ALLAH menolong siapa sahaja yang dikehendakiNYa dan ALLAH amat gagah dan amat penyayang"
(ar-rum:4-5)

Pesanan daripada Imam Syahid Hasan al-Banna buat pejuang ISLAM dalam "Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden"




Read more!

UKHWAH FILLAH


Ukhwah fillah (Persaudaraan Kerana ALLAH) : ia merupakan anugerah suci dari ALLAH sebagai suluhan Rabbaniyah dan nikmat Illahiyyah. ALLAH mencampakkan ke dalam hati-hati hamba-hambaNYA yang ikhlas, dalam hati para wali, orang-orang yang suci dan bertaqwa dari kalangan makhlukNya.


ALLAH berfirman dalam surah al-anfal: ayat 63 yang bermaksud:

"Kalau engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya pun engkau tidak dapat menyatukan antara hati-hati mereka, tetapi ALLAHlah yang menyatukan antara mereka"

Dalam surah ali Imran:103 yang bermaksud:

"Dan ingatlah nikmat ALLAH ke atas kamu, di mana dahulunya kamu bermusuhan, maka dijinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmatnya bersaudara (berukhwah)"

Ukhuwwah merupakan kekuatan iman di jiwa, yang membuatkan perasaan menjadi lembut, berkasih sayang, hormat menghormati, dan saling mempercayai bersama setiap orang terikat dalam tanggungjawab ‘aqidah Islamiyah’, iman dan taqwa. Itulah kesedaran dan semangat persaudaraan yang sebenarnya yang dilahirkan dalam jiwa mukmin, perasaan yang paling murni dengan ikhlasnya, untuk melibatkan diri dan bertindak di tempat-tempat positif, seperti menolong, berkorban, berkasih-sayang, memaafkan, dan bertenang apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang negatif.

Oleh yang demikian, UkhwahFillah merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa..di mana tanpa iman tidak ada ukhwah, dan sebaliknya tanpa ukhwah, tidak ada iman sama seperti “Tidak ada hubungan kasih sayang tanpa taqwa, begitulah sebaliknya, tidak ada taqwa tanpa hubungan kasih sayang dalam persahabatan.”

Pesanan Akhir Kepada Belia-belia Islam

Wahai saudara-saudara para belia, perkukuhkanlah ukhwah penyatuaan kamu, berukhwahlah kamu dengan semangat kerana ALLAH, ubatilah jiwa dan diri kamu dengan ikhlas dan bertaubatlah, bezakan diri kamu dengan orang lain dengan akhlak dan tingkah laku kamu, tunjukkanlah contoh ikutan dengan perangai dan perilaku kamu yang baik, tunaikanlah hak-hak ukhwah kepada saudara-saudara kamu dan kepada orang-orang yang berlindung dengan kamu, berjalanlah atas manhaj dan landasan Islam dalam mengukuhkan kasih sayang kamu, dan berpandulah dengan pimpinan al-Quran dalam menjalani kasih-sayang kamu.

Apabila ini semua telah kamu laksanakan, kamu pasti ditolongi, kerana sesungguhnya pejuang-pejuang Allah tetap akan mendapat kemenangan:

“(…dan katakanlah, beramallah maka ALLAH dan RasulNya dan orang-orang mukmin akan melihat amalan kamu…)”

Sesungguhnya itu merupakan ingatan kepada orang yang mempunyai mata hati- Petikan daripada karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam buku yang berjudul “Ukhwah Islamiyah”



Ingatan bersama: Jgn cepat menilai (judge) tindakan sahabat kita, tp, mintalah penjelasan (clearify) kenapa dia bertindak macam tu. Stp tindakan yg manusia lakukan tu, pasti ada sebabnya..

wallahualam..

Read more!

Thursday, February 19, 2009

What I've Learnt Today?

masleeha
editor : kasihsayang

I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow.""I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life." "I've learned that making a 'living' is not the same thing as 'making a life'.""I've learned that life sometimes gives you a second chance.""I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back.""I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision.""I've learned that even when I have pains, I don't have to be one." "I've learned that every day you should reach out and touch someone.""People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."
"I've learned that I still have a lot to learn." "I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT.


^_^
Read more!

Wednesday, January 21, 2009

BOIKOT ISRAEL DAN SEKUTUNYA



p/s: usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin = BOIKOT BARANGAN ISRAEL+BERDOA (antaranya Qunut Nazilah, Surah al-Fill, al-Fath:26-28),+ hulurkan sumbangan kepada mereka (boleh melalui-DANA PALESTIN PERAK-BANK ISLAM No. Akaun :08013010068281). Untuk maklumat lanjut boleh layari



Ayuh! sama-sama kita berusaha membantu umat ISLAM di Palestin.

Read more!