Sunday, May 3, 2009

UKHWAH FILLAH


Ukhwah fillah (Persaudaraan Kerana ALLAH) : ia merupakan anugerah suci dari ALLAH sebagai suluhan Rabbaniyah dan nikmat Illahiyyah. ALLAH mencampakkan ke dalam hati-hati hamba-hambaNYA yang ikhlas, dalam hati para wali, orang-orang yang suci dan bertaqwa dari kalangan makhlukNya.


ALLAH berfirman dalam surah al-anfal: ayat 63 yang bermaksud:

"Kalau engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya pun engkau tidak dapat menyatukan antara hati-hati mereka, tetapi ALLAHlah yang menyatukan antara mereka"

Dalam surah ali Imran:103 yang bermaksud:

"Dan ingatlah nikmat ALLAH ke atas kamu, di mana dahulunya kamu bermusuhan, maka dijinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmatnya bersaudara (berukhwah)"

Ukhuwwah merupakan kekuatan iman di jiwa, yang membuatkan perasaan menjadi lembut, berkasih sayang, hormat menghormati, dan saling mempercayai bersama setiap orang terikat dalam tanggungjawab ‘aqidah Islamiyah’, iman dan taqwa. Itulah kesedaran dan semangat persaudaraan yang sebenarnya yang dilahirkan dalam jiwa mukmin, perasaan yang paling murni dengan ikhlasnya, untuk melibatkan diri dan bertindak di tempat-tempat positif, seperti menolong, berkorban, berkasih-sayang, memaafkan, dan bertenang apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang negatif.

Oleh yang demikian, UkhwahFillah merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa..di mana tanpa iman tidak ada ukhwah, dan sebaliknya tanpa ukhwah, tidak ada iman sama seperti “Tidak ada hubungan kasih sayang tanpa taqwa, begitulah sebaliknya, tidak ada taqwa tanpa hubungan kasih sayang dalam persahabatan.”

Pesanan Akhir Kepada Belia-belia Islam

Wahai saudara-saudara para belia, perkukuhkanlah ukhwah penyatuaan kamu, berukhwahlah kamu dengan semangat kerana ALLAH, ubatilah jiwa dan diri kamu dengan ikhlas dan bertaubatlah, bezakan diri kamu dengan orang lain dengan akhlak dan tingkah laku kamu, tunjukkanlah contoh ikutan dengan perangai dan perilaku kamu yang baik, tunaikanlah hak-hak ukhwah kepada saudara-saudara kamu dan kepada orang-orang yang berlindung dengan kamu, berjalanlah atas manhaj dan landasan Islam dalam mengukuhkan kasih sayang kamu, dan berpandulah dengan pimpinan al-Quran dalam menjalani kasih-sayang kamu.

Apabila ini semua telah kamu laksanakan, kamu pasti ditolongi, kerana sesungguhnya pejuang-pejuang Allah tetap akan mendapat kemenangan:

“(…dan katakanlah, beramallah maka ALLAH dan RasulNya dan orang-orang mukmin akan melihat amalan kamu…)”

Sesungguhnya itu merupakan ingatan kepada orang yang mempunyai mata hati- Petikan daripada karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam buku yang berjudul “Ukhwah Islamiyah”



Ingatan bersama: Jgn cepat menilai (judge) tindakan sahabat kita, tp, mintalah penjelasan (clearify) kenapa dia bertindak macam tu. Stp tindakan yg manusia lakukan tu, pasti ada sebabnya..

wallahualam..

No comments: