Friday, November 21, 2008

HIKMAH KEMBARA...

Sepanjang tempoh aku exam sem ni macam-macam yang aku buat. Termasuklah aku sempat lagi balik kampung. kira pecah rekod gak la.. sebab sepaanjang tempoh ‘gap’ exam bagi sem2 sebelum ni, aku memang tak pernah balik kampung. walau pun kampung ngan kampus aku satu state je, tapi aku tak boleh balik. Nak cocentrade kononnya..memang aku tak boleh buat banyak benda dalam satu masa. Dengan kehendakNya, sem ni aku kena balik kg time gap 6 hari paper aku. Ade kerja sikit kat kg. Mulanye memang aku malas giler nak balik. Bukan ape, malas nak naik turun bas. Nnt banyak anasir tak sepatutnya mencemarkan memory card otak aku ni yang ngah exam ni. Namun, semua itu adalah ape yang akal pendekku jangkakan. Hakikatnya sepanjang perjalanan pergi n balik aku tu tersingkap 1001 hikmahnya.

Time aku balik kampung tu aku ambil bas petang Sabtu. Naik turun tukar beberapa buah bas, Alhamdulillah, aku sampai juge ke kg y aku rindui, dapat jumpe my beloved parent, my cat..tapi aku tak dapat lama duk kg. So, aku mafaatkan sebaiknya.

Esok paginya aku setelkan kerja aku..sampai pkul 3..petang tu jg aku decide untuk blik ke kmpus. Sbbnye, spnjg 2 hri tu aku mmg x bce buku lansung..walupn beg y aku bw tu lbh berat dek buku dr brg aku y len. Mak aku restui keputusan aku walaupun hakikatnya aku tahu dirinya amat bimbangkan keselamatan aku. Sebab, kalau aku bertolak petang, dah tentu malam baru sampai kampus. Mak dengan ayah lebih setuju kalau aku balik pagi esoknya. Tapi emak redha juga dengan keputusan aku kerana kebimbangannya kalah dengan kedegilan aku..alasan aku, esok pagi aku nak siap2 ada kat kampus dah..utk study (kononnya)..MAAFKANKU MAK!!!!.. bgku kadang-kadang kena jadi degil sikit..betul ke? (sometimes anak boleh jd degil)

Sepanjang perjalanan balik, tu aku dah mula rasa penat. Mana taknye, aku kne ulang step- tunggu, naik dan turun bas berkali-kali. Masa tulah, aku dapat melihat life orang bandar.. KALUT..kebanyakannya jelas nampak materialistik, induvidualistik, hendonisme dan sewaktu dengannya.Suasana tu membuatkan aku terfikir dan memikir.. ideologi karat tu hanya boleh lebur dengan penghayatan sepenuhnya terhadap aqidah tauhid pada ALLAH S.W.T.. Tp.. macam mne, nak ubah..seorang manusia pun susah untuk di ubah, ape lagi satu rumah (fmily), daerah, negeri, apatah lagi negara..server otak aku dah semakin berat..penat memikirkannya..yang aku tahu, pelaksanaannya nanti turut melibatkan diriku..mula timbul pelbagai persoalan dalam otak yang semakin ‘jam’ ni. Layak ke aku ni nak berhadapan dengan isu ni?, macam mana aku nak buat? Dan macam-macam lagi persoalan yang beratur menunggu jawapan dari mental aku yang dah makin slow time tu.

Yang buat aku tension nyer seslow2 otak aku berputar, slow lagi bas yang aku naik ni bergerak. Dah la penuh macam tin sardin, bergerak skit dalam 2cm, berhenti pulak 20 minit..(jus a kidding, pggunaan gaya bahasa hiperbola) memang tensen, kejap2 ade orang nak naik la, nak turun pastu traffik light plak..sabor je la..macam-macam gelagat manusia aku perhatikan masa tu..semuanya nafsi-nafsi..geram je aku rase..yang pastinya msa tu aku berada dlm keadaan stress..time ni juga la aku teringat macam2 maklumat y aku belajar di kmpus mcm mne nk kwl atau urus stess (stress management).. aku cuba atasi sedikit demi sedikit..


Namun aku yakin dan percaya cara terbaik untuk kawal stress ni adalah dengan mengingati ALLAH S.W.T. sebagaimana jelas firmanNya yang bermaksud:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.”

(Ar-Ra’d: 28)

Aku kene cool..Apa-ape pun aku perlu sedari bahawa ini semua proses tarbiyah daripadaNya..

Nak disambungkan citer pengembaraan aku tak tamat di sini, dalam pukul 5.50 ptg aku sampai di bas stand transit terakhir sebelum aku sampai ke bus stand kampus aku. Aku excited dan confident melangkah pergi ke kaunter tiket..disebabkan terlalu confident agaknya, tiket yang aku nak beli tu dah habis untuk hari petang dan malam tu. Aku diuji lagi.. time tu aku terus terbayang wajah mak ngan ayah aku.. alamak! Kantoi la aku kali ni..degil tak bertempat. Satu lagi hikmah yang dapat aku singkap..klu ikutkan sebelum ni memang aku confident gler tiket tak habis, sebab masa tu, bukannye time high season pun..ni akibatnye disobey pada ibu dan ayah..sedihnyer, ape2 pun aku kene bertanggungjawab atas segala keputusan dan tindkan yang telah aku lakukan.. sudahnya aku patah balik ke kampung aku semula, memandangkan senja semakin merangkak ke malam. Itu pun lepas aku tepon semula emak dan slow talk padanya dengan nada kesian..Ada nada cemas pada suara emakku.. MAAFKANKU MAK..(sape suruh aku dengil sangat..)

Alhamdulillah, perjalanan untuk berpatah balik tidaklah sekalut dan sesibuk masa aku pergi. Aku sampai semula di rumah hampir pkul 9 malam. Setelah aku servis diri, aku sempat tengok citer drama tv3.. tajuknye TA’IN.. best giler..satunya sebab pelakonnye speak Perak. Bahasa Ibundaku.. Apepun yg plg aku kagum ngan citer ni adalah value yang diketengahkan..ttg kehidupan orang kg, yang masih kuat berpegang dengan semangat kekitaan dan yang paling penting, nilai keagamaan yang terselit dalam drama ni. Satu babak yang tak dapat aku lupakan adalah time Ta’in azan Subuh di luar rumah sewanya yg kat KL tu. Pastu jirannya datang menyerang sebab ganggu ketenteraman..n Ta’in dapat tegakkan kebenaran dengan hujah2 yang masuk akal..(walaupn watak Ta’in dlm tu seolah2 org lurus bendul).. antara kata2 yang memberi kesan padaku adalah, Ta’in mengatakan bahawa Tok Imam kg nya ada pesan, selagi mana umat Islam tidak solat Subuh secara berjemaah seramai solat Jumaat, selagi itulah orang kafir akan ketawakan pada kita (org Islam)...klu xsilap aku, kata2 ni sbnrnya dinyatakan daripada seseorang ulama’..tapi aku tak ingat siapa..Astagfirullah..

Apepun, nak dipendekkan cerite, banyaknya hikmah yg tersinggkap disebalik perjalanan singkat aku ni..semuanya membuatkan aku berfikir dan memikirkan pelbagai perkara. Semuanya berkaitan dengan hidup manusia sebagai hamba dan ALLAH S.W.T adalah PENCIPTA segala-galanya .. Subbahanallah walhamdulillah walailahaillallah huallah huakbar!!..

Disebabkan itu, aku pun teringat dengan lagu Mirwana, Hikmah Kembara.. yang kalau tak silap aku, liriknya seperti di bawah:

“Berjalan.. bermusafirlah,

Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan

untuk mereka yang berfikir dan bersyukur..

di atas nikmat dan kurnianNya

......”

Aku bersyukur atas pluang yang ALLAH berikan yang telah mencetus akalku untuk berfikir tentang isu ummah masa kini. So, jangan takut untuk terus mengembara dan berfikir keranaNYA..Actlly, tentang konteks berjalan (berhijrah) dan berfikir kebesaran ALLAH ni, banyak dalam al-Quran, Cuma, setakat ni aku tak jumpa detail lagi (sila respon klu ada sesiapa yang tahu). Apapun, aku ade terjumpa satu hadiths yang bermaksud:

Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat sunnat selama

setahun

(Riwayat Ibnu Hibban)

Wallahu’alam..

PEMIKIRAN BISA MENCETUS PERUBAHAN

AYUH! BENTUKKAN PEMIKIRAN BERLANDASKAN AL-QURAN

No comments: