Wednesday, November 19, 2008

KAT MANA HARUS AKU MULAKAN?

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG”

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.. Setinggi kesyukuran ku panjatkan padaNya atas segala nikmat yang tak terkira. Alhamdulillah...Syukur padaNya atas nikmat Iman dan Islam, atas nikmat kesihatan, nikmat pancaindera, dan segala-galanya yang tak terhitung nilainya.. Subbahanallah walhamdulillah walailahaillallah huallah huakbar!!..

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan sahabat baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda dalam meneruskan perjuangan Islam. Allahuakbar!!

Kesyukuran tak terhingga juga atas keizinanNya, aku selesai menjawab semua paper untuk sem ni. Alhamdulillah.., biarpun berpeluh-peluh juga aku nak jawab soalan-soalan tu, tapi, aku cube jawab juga. Bagiku, tak kira betul ke salah ke, yang penting terus mencube walaupun kadang-kadang aku rase jawapan tu boleh menggelikan hati lecturer2..yang lebih membimbangkan aku, kalau jawapan tu mengecewakan hati mereka..plez appologize me!!! Ape harus dibuat ni.. Berdoa dan tawakkal padaNya..

Bercakap tentang lecturer ni, banyak benda yang aku suke dengan golongan ilmuan ni. Bagi aku, lecturer ni tak ubah macam cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu. Maksudnya, walaupun ilmu mereka tu banyak, tapi aku tak rase ada ‘gap’ sangat. Bukan sebab aku pandai, tapi my lecturers are very supportive person. Banyak perkara yang mereka dah consider ngan aku n classmate yang lain. Contohnyer assignment, attendance, presentation, dsb.. Thank so lot to all of u.. Jasamu dikenang.. Ya ALLAH, rahmatilah semua guru dan pensyarahku.. Engkau mudahkanlah urusan mereka didunia dan akhirat.. Sesungguhnya mereka telah banyak mendidik dan mengajarku untuk menjadi insan berilmu dan bermanfaat buat agama jua masyarakat..Amin..

Yup! Banyak yang aku pelajari dari mereka yang ku gelar cikgu, dan Cik, Tuan Haji, En, Puan, Dr, (gelaran buat my lecturer).Aku masih ingat lagi mase sem 1, lecturer subjek UTM 1013, dah pernah cerita tentang blog. Tapi, time tu aku masih blur-blur. Pn *.... bagitau, blog ni merupakan salah satu, medium untuk kita berkongsi maklumat, kira boleh jadi macam diari elektronik. Sem ni baru aku terlibat secara langsung dengan blog ni. Alhamdulillah, dengan ilmu tentang internet dan blog yang lecturer n sahabat-sahabat aku ajar (espclly pd Ana dan Izyan Mimi, syukran jazilan ya ukhti), aku cuba wujudkan blog aku sendiri. Tapi malangnya, sampai nak dekat sebulan terbengkalai. Maaf pada sesiapa yang dah termasuk blog ni sebelum ni, msti tension sebab tak jumpe ape-ape melainkan jam digital je.

Bercakap tentang cikgu, pensyarah (pendidik) ni, insya’ALLAH, one day aku pun bakal jadi macam mereka juga. Entah-entah aku dapat high blood pressure di sebabkan oleh perangai student yang macam aku. Apapun, ketabahan, kecekalan dan keikhlasan seorang insan yang bergelar cikgu tak dapat dinafikan lagi dalam melahirkan insan yang berilmu dan beriman. Perkara ni mengingatkan aku dengan satu petikan sajak oleh seorang sasterawan negara, Allahyarham Usman Awang..

“Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”

Conclusionnyer hargailah cikgu kita dan doakan mereka..

***************

Setelah lama blog ini terbengkalai, saya mengambil kesempatan peluang yang ALLAH berikan ini untuk menulis apa-apa perkara yang boleh dimanfaatkan. Saya akan cuba sedaya upaya untuk me‘relate’kan antara pengetahuan dengan pengalaman yang ada. Insya’ALLAH, saya akan cuba seboleh mungkin untuk membuat hubungkait berdasarkan rujukan dan garis panduan utama kehidupan kita iaitu, al-Quran dan al-Hadith dan beberapa ilmu yang diperolehi kat kampus ni. Mohon untuk saudara/i memberikan teguran jika terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan dalam penulisan blog ni. Moga kita sama-sama beroleh manfaat dan pengajaran atasnya.

Wallahu’alam..

p/s: klu ada spelling or grammar error harap maaf yer..

No comments: