Disebabkan itulah, dalam bergerak kerja secara team work, kita akan mendengar macam-macam bunyi suara. Terutamanya dalam metting, antaranya, seperti di bawah:
Si Agresif: Aku tak kira, aku nak korang buat macam yang aku dah cadangkan! (extreme bangat!)
Si Pasif: Tak pe2, kerja-kerja tu semua biar saya yang buat dan settlekan (selalu jadi mangsa kena ragging)
Si Asertif: Ok, kalau cadangan tu tak sesuai, siapa ada cadangan lain? Kalau ada silakan.. (skema la pulak =p )
Biarpun begitu, hakikatnya, tidak semestinya seseorang itu perlu sentiasa menggunakan pendekatan asertif sahaja. Namun, ianya adalah bersifat fleksibel dengan keadaan atau dengan siapa kita berinteraksi. Contohnya, jika dengan adik (atau orang yang lebih muda) daripada kita, kadang-kadang perlu menggunakan pendekatan agresif. Tetapi biarlah berhikmah. Maksudnya, dengan pendekatan tersebut mampu menggerakkan mereka ke arah yang lebih positif dan bukan sebaliknya. Begitu jugalah dengan pendekatan pasif, kadang kala kita perlu beralah, tapi ianya tidak bererti kita kalah!
Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment