Wahai sang lebah,
Kau sering kali digeruni
dan ditakuti,
kerana sengatan dan bisamu
dek kerana itu,
kau sering menjadi mangsa untuk dimaki
wahai lebah,
kau sering dicemuh,
dek suaramu yang membingitkan
tambah pula bila kau menyerang!
Bisa membuatkan manusia lari lintang-pukang..
Wahai lebah,
Adakah kamu sekejam yang mereka sangkakan?
Apa yang hatimu rasakan
saat kau dilabel begitu...
Wahai lebah,
janganlah engkau bersedih,
Masih ramai yang mencarimu,
Bagi siapa yang mengerti siapa sebenar dirimu
Wahai lebah,
Biarkan manusia itu terus menilai
Terus menghukummu,
Kerana mereka belum tahu..
Cekalkanlah sekeping hatimu itu,
Teruskan perjuangan
Kerana ramai yang menantimu
Sedarlah wahai sang lebah,
Masih ada menyokong dirimu,
Kerana mereka tahu...
Tingginya semangat setia kawanmu,
Kerajinan dan kecekalanmu,
dan yang paling penting,
semangat juang mempertahankan hakmu!
Kau bukan hanya diam menyendiri
tapi tegak memberanikan diri
biar siapa pun musuh yang menyerang
dan menghalang..
namun,
usaha mempertahankan dirimu sering disalah ertikan
kau dituduh penyerang!
jangan bersedih wahai lebah..
biarkan golongan itu..
sedarlah dirimu wahai lebah,
kau memiliki keistimewaan tersendiri
biar bisamu digeruni,
namun madumu sering direbuti!
ALLAH telah berfirman, yang bermaksud..
“Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menjadi penyembuh bagi manusia”
(Al-Nahl: 69)
Sungguh! setiap kejadian ALLAH itu tiadalah yang sia-sia..
Maka, raikan semuanya..
Sesungguhnya, ALLAH telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi ALLAH ialah orang yang bertaqwa. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
(al-Hujurat:13)
p/s: Dont judge the bee by its poison!
Be wat ever u want to be..base on your own charecter n da most important is base on AKHLAK RASULULLAH S.A.W..our Qudwah Hasannah
“Sesungguhnya, aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (al-Hadith)
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment